A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

12/18/2014

Phone Accessories Ustaz

Assalamualaikum,
Seminggu lepas dan hari ni dapat masa untuk berbelanja sakan dekat kedai ustaz
Dengar cite harga barang boleh tahan
So mari kita tengok apa yang telah dipancing



Aq beli headphone DNA RM10 seminggu lepas. Kekuatan bunyinya boleh tahan la.
Anda boleh cek setiap barangan sebelum bayar di kedai ustaz ini.
Tapi nak dijadikan cite, aq nye headphone ni telah tercabut kedua2 span telinganya. 
Nak tahan camna lah kalau barangan pun murah kan. Tetapi nasib baik ada warranty sebulan (Tengok je la bawah resit tu "Sold are can returnable"). So seminggu lepas tu aq bawak la tukar. Dan dengan jayanya dapat jugak claim baru iaitu hari ini. Tapi stok dah habis, so dapat la warna lain. Jangan lupa if nak claim warranty bawak kotak dan resit sekali. Aq bawak gambar resit dan kotak je sebab resit dah lama buang.

Hari ni aq pancing



Universal lens (Macro lens, 0.65x Wide angle lens, Fish eye lens) =RM8
Earphone =RM4
Clear backcase Iphone 5 =RM5

Murah kan. Aq pun ada terpikir nak beli cable lightning usb RM2 dorg, tapi tak sanggup la berisiko rosakkan phone. 

Sambil tu aq ada lepak jap tengok barang kat kedai 666 sebaris dengan dia.


Kat kedai 666 ni aq beli 
Monopod+Holder =RM8
Car steering wheel phone holder =RM8
4 Port Usb Charger =RM30
Remax USB-Lightning cable= RM18

Harga monopod+holder sama je dengan kedai ustaz. Tapi aq baru perasan kat kedai ustaz remax usb lightning RM12 je. Rugi RM6 aq. So kalau nak berbelanja dengan bijak masuk la kedai ustaz dan banyakkan bertanya. Jika tiada pilihan di kedai ustaz, baru la pergi kedai 666.

-ni bukan nye ejen iklan kedai ustaz, tapi nak kongsikan tempat kedai yang murah supaya semua tidak ditipu harga mahal lagi, lowyat pun aq pergi bagi harga 2-3 kali ganda-

How to Go:
Use this coordinate in google maps (3.157862, 101.570114
)
Or
Search "phone accessories ustaz" in Waze

Happy Shopping :)