A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

3/11/2013

Kawallah Perasaan Marah


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekalipun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita”.

~Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.~

Khinzir:
Bila sentuh Kita hanya perlu samak je...
tengok tak HARAM...
sentuh tak BERDOSA
tak perlu minta AMPUN DOSA...
makan je HARAM dan perlu minta AMPUN DOSA.

Kekasih:
Aurat tak dijaga tengok HARAM
Pegang HARAM
bila dah pegang, tak boleh samak SEPERTI KHINZIR kena minta AMPUN DOSA²...

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." Riwayat Ibnu Majah.

Sama² kita Renung²kan

http://www.facebook.com/photo.php?pid=245928&id=100000317224788&comments&alert


Kisah Paderi Dengan Gembala Kambing

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. 

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.

Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin.

Dan jawapannya betul.

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga!

Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi… Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.

Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul!

Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam di tangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam di tangan. Betul…

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita…..

“Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah Kalimah Syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah…) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)”

“Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah Rukun Islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah… Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah Islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab Rukun Iman ada enam”

“Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah… kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.”

“Ayam tu sebenarnya soalan bonus… apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur… betullah… Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya.”

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor?

Gembala kambing pun bercerita…

“Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea…? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.”

“Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pastu dia keluarkan pedang, wah wah… dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba… Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi… mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam… Hamba pun mampu… walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi…”

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan… walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Berjaga-jaga Ubat Dari Sumber Khinzir



Salam maklumat kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah :


No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia


1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste


2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma


3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm


4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma


Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.


Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 s

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/2010/02/berjaga-gaja-ubat-dari-sumber-khinzir.html


******************************

Tambahan: 

Clexane used as anti coagulant in many hospital especially in country other than Malaysia.
So, if your patient is Moslem, you must give you patient Heparin (an anti coagulant) because it is not from khinzir. FYI, heparin also cheaper than clexane. But why still they use clexane as the main anti coagulant.

Heparin: http://en.wikipedia.org/wiki/Heparin
Clexane: http://en.wikipedia.org/wiki/Clexane

Dua Golongan Wanita?



Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.


Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.


Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.

Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.


Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.


Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.


Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al­Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.


Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.


Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.


Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam secular, Libral, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfashion dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan bodynya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya nampak, adakah ini fashion Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fashion sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/2010/01/dua-golongan-wanita.html

****************************************
Tambahan:

Islam mewajibkan setiap umatnya menutup aurat, bagi lelaki auratnya dari pusat hingga ke lutut. Manakala perempuan hanya dibenarkan buka ialah tapak tangan dan wajah sahaja.

Berpakaian menurut Islam atau yang dituntut dalam Islam adalah pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan perempuan dan juga pakaian yang tidak menimbulkan syahwat dan fitnah.

Islam tidak menghalang berfesion, tetapi perlulah menuruti etika yang digariskan Islam seperti :

1. Mestilah berpakaian menutup aurat
2. mestilah pakaian yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh dan tempat-tempat yang boleh menaikan syahwat lelaki.
3. Pakaian yang tidak jarang.
4. Corak pakaian yang tidak mendatangkan fitnah seperti dapat menaikan syahwat lelaki
5. Seumpama dengan yang disenaraikan di atas ini.

Sunat dan perlu kita berpakaian kemas dan tidak bermasalah berfesion, kerana Islam itu indah dan tidak masalah memakai seluar, janji seluar itu menutup aurat dan tidak ketat.

Ingat Allah suka kepada yang cantik dan kemas.

Larangan Wanita Besanggul Tinggi dan Berbaju Jarang



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim)

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada semua wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Mereka memakai pakaian yang jarang, nipis mahupun ketat sehingga boleh menampakkan warna kulit dan susuk tubuh. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana mereka seolah-olah bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/2010/05/sanggul-tinggi-trend-tudung-masa-kini.html

Jom Tegur Kawan





Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” 
(Riwayat Oleh Muslim).

Hadis di atas ini, menunjukkan cara seseorang mengubah kemungkaran yang berlaku di sekelilingnya. Bagi yang berkemampuan atau mempunyai kuasa, maka ubahlah kemungkaran yang berlaku dengan kuasanya atau tangannya (perbuatannya). Bagi yang tidak berkemampuan maka ubahlah dengan lidahnya (teguran). Dakwah dengan menggunakan teguran selalunya bermasalah, ada yang tegur dengan cara menengking, menghina dan mencaci orang, ada orang yang menegur dengan cara baik, tetapi dibalasnya dengan cara yang tidak baik dan banyak lagi.

*************************************************
Firman Allah yang bermaksud :

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-Nahl : 127).

Dakwah bil lisan mestilah digunakan dengan bahasa-bahasa hikmah, baik, sopan dan bahasa yang bijaksana untuk menarik perhatian atau minat seseorang kepada Islam. Ini adalah ajaran dari Allah untuk pendakwah-pendakwah menyampaikan seruan Islam. 

Rasulullah menyampaikan dakwah kepada penduduk-penduduk Makah dengan cara percakapan yang baik, sopan santun, tidak pernah menipu dan sebagainya, Rasulullah juga dikenali dengan akhlak yang baik sehingga dakwah Nabi dapat diterima oleh sesetengah masyarakat Mekah ketika itu.

********************************************
Pendapat saya cara untuk menegur orang yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ialah :

1. Gunakan kebijaksanaan yang ada untuk menegur pelaku bahawa perbuatannya itu salah dan melanggar peraturan Islam. Boleh gunakan TV atau Radio untuk memasang CD atau kased ceramah yang berkaitan dengan pemakaian tudung atau tutup aurat apabila dia datang ke rumah. Dalam cara tidak langsung, pelaku tersebut dengar dan dia akan rasa sendiri akan perbuatannya itu. Cara ini tanpa perlu ditegur, dan tidak memerlukan modal percakapan dan hanya bermodalkan bil elektrik dan modal CD atau kased ceramah sahaja.

2. Gunakan perkataan-perkataan hikmah dan tidak sesekali menggunakan perkataan yang menguris hati pelaku,, seperti bawa dia berbincang baik-baik di tempat yang tiada orang, kerana bila melakukan teguran dihadapan orang ramai, maka secara tidak langsung kita telah menjatuhkan air mukanya dihadapan orang.

3. Gunakan perkataan-perkataan sindiran yang tidak menyinggungnya atau tidak mengaibkannya, seperti contoh saya berikan cucu Nabi Muhammad saw iaitu Hasan dan Hussin menegur seorang tua yang mengambil air sembahyang secara cincai dan sekadar melepaskan kewajipan berwuduk sahaja dengan cara : “Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu, boleh pakcik lihat kami mengambil air sembahyang, jika salah pak cik tegur kami” (Teks ini digambarkan dari saya sahaja untuk menyedapkan lagi cerita ).

4. Tegur dengan menggunakan orang tengah yang dekat dengannya, supaya segala teguran yang disampaikan melalui orang tengah dapat diterimanya dengan baik dan hati yang terbuka.

5. Tegur dengan menggunakan surat, SMS atau sebagainya. Teks mestilah didahulukan dengan perkataan maaf,perkataan-perkataan yang lembut dan menyatakan apa tujuan kita menulis surat atau SMS ini, supaya tidak berlakunya salah faham antara pelaku dan kita.

**************************************************
Ini sahaja yang dapat disenaraikan sebagai cara untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat terutamanya keluarga, sahabat, atau jiran-jiran berdekatan. Sebenarnya banyak lagi cara dakwah ini, tetapi itu semua bergantung kepada kebijaksanaan kita.

Bagi sesiapa yang ada cadangan lagi, bolehlah kemukakan cadangan dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini, saya menghargai anda yang memberikan cadangan. Marilah sama-sama menyumbang sedikit buah fikiran kearah kebaikan, kerana pahalanya sangat besar.

Sesiapa yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran dengan menggunakan perbuatan atau lidah, maka gunakanlah dengan hati, sesungguhnya orang yang tidak redho atas kejahatan tersebut dengan cara menegur dengan hati, maka itulah yang dinamakan selemah-lemah iman. Untuk melaksanakan dakwah, kita tidak perlu rasa takut kepada manusia, hanya perlu rasa takut kepada Allah sahaja, kerana ini adalah amanah Allah kepada kita untuk menyampaikan apa yang termampu dan apa yang diketahui kepada masyarakat. 

Hadis Nabi yang bermaksud : “Sampaikanlah dengan apa-apa yang diterima dari kami walaupun sepotong ayat” (Riwayat Bukhari dan Tarmizi). Sesungguhnya orang yang menyampaikan kebaikan (dakwah) adalah orang yang terlepas dari tanggungjawabnya. Biarlah dimarahi oleh pelakunya, tetapi kita tidak dimarahi oleh Allah. 

Hidup di dunia mencari cinta ilahi dan redho ilahi, bukan mencari cinta manusia dan redho manusia, barang siapa yang dapat redho ilahi dan cinta ilahi, nescaya dia akan cinta manusia dan akan selamat di dunia dan di akhirat.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/2010/02/bagaimana-cara-menegur-seorang-kawan.html

Aurat Wanita Islam



Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah. Sebagai seorang ustaz dan pendakwah saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam.

Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.

Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.

Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah.

Hadis Tentang Boleh Berdusta



بسم الله

والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ةصحبه ومن والاه أما بعد

TAKHRIJ HADIS:
-Hadis Ummu Kalthum diriwayatkan oleh Bukhari (no: 2546), dan Muslim (no: 2605).

-Kata-kata Ibn Syihab disebut oleh Imam Muslim. Dan diriwayatkan secara marfuk kepada Rasulullah SAW dengan lafaz: “Tidak elok berbohong melainkan dalam tiga perkara…”
HR: Tirmizi (no: 1939).

MAKSUD HADIS:

-Antara dasar syarak ialah: HARAM BERBOHONG, dan ia salah satu ciri utama munafiqeen.

-Dikecualikan dalam beberapa situasi kerana maslahah. Antaranya:

i- untuk mendamaikan antara dua orang atau dua kumpulan. Contohnya: Ali dan Amhad bertengkar, lalu kita beritahu pada Ali bahawa Ahmad mahu berdamai, dan beritahu pada Ahmad bahawa ALi mahu berbaik dengannya.

ii- perbualan antara suami isteri dalam hal-hal yang boleh menambahkan kemesraan, dan kasih sayang antara mereka. Contohnya: Seorang yg berpoligami berkata kepada setiap isterinya, bahawa dialah isteri yang paling disayangi.

iii- dalam peperangan. Contohnya: pemimpin tentera menzahirkan bahawa dia mahu mengerahkan tentera2nya melalui laluan A, padahal sebenarnya dia mahu mereka melalui laluan B. Ini adalah kerana maslahah, supaya rahsia strategi peperangan tidak sampai ke tangan musuh.

Berkata al-Qadhi Iyadh: Tidak ada khilaf bahawa HARUS berbohong dalam 3 keadaan ini. Lihat: Syarah Sahih Muslim Nawawi 16/158.

Sumber: http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/al-quran-dan-hadis/02-016/

Fadhilat = Hadis Palsu



Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.

Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

****************************************************

Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.

Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

****************************************************

Nasihat ana:
Jika terdengar sesuatu hadis atau ayat al-quran, mestilah diketahui sumbernya. Janganlah semata-mata sedap didengari, kita mempercayainya. Ini kerana, untuk menguatkan hujah kita serta mengukuhkan pemahaman kita terhadap islam yang sebenar tanpa ada cacat cela sungguhpun sedikit calar sekalipun. 

"Tak salah bagi kita untuk menjadikan ia satu 'motivasi' bagi kita menunaikan ibadat. Sedangkan perkara pokoknya bukanlah fadhilat tetapi ibadat itu sendiri" 

****************************************************

Artikel ini telah diringkaskan oleh ana sendiri. Sebarang salah dan silap, maaf dipinta. Sebarang komen atau idea dialu-alukan agar pemahaman diri sendiri dan juga orang lain dapat diperbaiki. Maaflah jika artikel ini terlampau panjang, buat masa ini ana agak sibuk dan perlu mengagihkan masa sebaiknya. Insyaallah

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul



“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.
_______________________________________

Sebenarnya persoalan tudung ini adalah persoalan yang tidak akan berakhir memandangkan Iblis dan Syaitan telah bersumpah bahawa mereka akan menyesatkan anak cucu Adam sehinggalah Hari khiamat tiba..

Saya ingin berkongsi dgn sahabat2 semua me
ngenai hujah yang biasa saya guna apabila masalah menutup aurat ini ditimbulkan oleh kawan2 perempuan saya..biasanya saya akan merujuk kepada Dalil Al-Quran yang jelas iaitu Surah An-Nur verse 24, di mana ayat tersebut jelas sekali menunjukkan bahawa menutup aurat ini adalah wajib, tidak kira samaada hati baik ataupun jahat..

apabila mereka masih tidak berpuas hati, saya akan kaitkan keimanan mereka dengan ayat2 Quran ini. Kita mengetahui bahawa antara Rukun Iman ialah kita wajib beriman dengan Kitab, atau secara specifiknya dengan Al-Quran. Al-Quran mengandungi 6666 ayat dan kita wajib utk beriman dengan 6666 ayat tersebut.

Sebagai Hamba ALlah, adakah kita mempunyai pilihan untuk memilih ayat apakah yang kita beriman dan ayat apakah yang kita tidak mahu beriman??tentu tidak bukan???kita wajib beriman keseluruhannya..apakah hukumnya kalau kita enggan beriman dengan Surah An-Nur tersebut? Saya percaya sahabat2 semua tahu hukumnya..Hukumnya adalah kafir..Oleh itu, hati2 dengan perintah Allah yang kita ingkari. Mungkin cara saya agak keras sedikit, tapi saya percaya Hukum ini harus dinyatakan dengan jelas supaya lepas tanggungjawab saya terhadap sahabat2 itu.

Kita sering mengakui bahawa kita ini Muslim dan Kita beragama Islam, apakah ukurannya?kalau kita adalah seorang yang Islam, mengapa tidak memasuki Islam secara keseluruhannya??mengapa harus ada batas dan ukuran Islam itu sendiri??? Islam is a way of life..mengapa Perintah Allah yang satu ini kita sering persoalkan? Islam kah kita??

Saya pun masih banyak yang perlu dipelajari, tapi sebagai Muslimah, anda harus mengetahui mengapa anda menutup Aurat, bukan sbb fashion, dan bukan sbb ajaran ibubapa..Menutup Aurat ialah salah satu pengabdian Muslimah terhadap PenciptaNya..Tentu ALlah mempunyai sebab mengapa Allah mewajibkan kita Muslimah menutup Aurat..hanya yang beriman sahaja dapat merasa kemanisannya..

Akhir kalam, saya selalu beritahu mereka, kalau lah ukuran syurga dan neraka ALlah itu semudah Hati Baik dan Hati Jahat, sudah tentu kita semua akan menghuni Syurga…tidak akan ada penghuni neraka…

Wallahua’lam