A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

1/29/2016

Cara2 mohon SPA untuk pelajar luar negara

1) Isi borang SPA8i kat sini http://www.spa.gov.my/pautan-borang-spa8i, pilih salah satu server.
*manual cara isi SPA8i

2) Lepas dah isi dengan lengkap, tunggu dalam 3 hari bekerja dan call mana2 nombor ni utk book tarikh temuduga dengan SPA: 03-88856339, 03-88856372, 03-88856313.

3) Kelentong je cakap dah daftar dgn MMC, tapi make sure dah daftar dengan MMC dan dapat Siji MMC SEBELUM tarikh temuduga.

*continue cara nak isi MMC boleh ikut disini


________________________

Selepas itu korang akan dipanggil untuk interview


Applicants must bring along resume with personal photo, original and photocopy of Birth Certificate, Identification Card, SPM Certificate, transcripts and degree‘s scroll as well as Certificate of Registration for Medical Council/ Dentistry Council and Pharmacy Council

Mula2 korang akan selesaikan semua borang dan salinan yang diperlukan diatas. Selepas habis barulah diberi nombor serta bilik para2 interviewer masing2.

Soalan2 yang diberikan interviewer sangat pelbagai. Ada yang tanya medical based, political based dan simple questions such as why you want to become doctor, if you are posted in seberang what will you do. Hafal je semua nama-nama menteri, raja, important person in medical field, rukun negara both in BM and English. Hafal management for emergency and common cases such as dengue and  DKA. If your resume show you are a good student with so many A++++++, you may get some question related to hereditary disease, mitochondria and so on. Just be calm and confident. Sometime they just want to see your reaction. Nakal kan dorg. Haha

____________________________________________

Dekat sini saya sertakan sekali dengan step2 untuk pelajar luar negara memohon:



Cara mengisi borang kelulusan tapisan keselamatan kasar

1) Layari melalui laptop. Handphone tak disarankan sama sekali :
https://evetting.cgso.gov.my/cgso/login.jsf?timeout=true pilih daftar

2) Pilih permohon individu. Isi borang online tersebut sepenuhnya

3) Anda akan diberi kata laluan melalui emel.

4) Masuk semula ke link pertama. Isi id dan kata laluan yang telah diberi. 

5) Pilih profil --> kemaskini kata laluan. Tukar kata laluan anda --> simpan

6) Pilih Permohonan Baru --> Pilih No.1: Lantikan SPA atau PBT

7) Isi borang di tempat yang perlu diisi sahaja (Maklumat profil, perjawatan, peribadi, pasangan, kesalahan yang menyalahi undang-undang dan pengesahan).

8) Jika anda belum lagi menempuhi Program Transformasi Minda (PTM), klik simpan dulu. Jangan hantar kerana anda belum dilantik.

9) Jika anda telah menempuhi Program Transformasi Minda (PTM), klik "simpan dan hantar".

_______________________________

Status permohonan boleh dilihat di tab "pertanyaan status".

*di bahagian maklumat perjawatan boleh diisi seperti berikut:
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan: Jabatan Kesihatan Negeri tempat anda mohon untuk Ehouseman
Hospital: Hospital tempat anda mohon untuk Ehouseman
Jawatan: Pegawai Perubatan
Gred: 41
Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan dan Kesihatan
Tarikh lantikan: Tarikh hari pertama Program Transformasi Minda anda
Status Perkhidmatan: Tetap/kekal bukannya sementara.

Buka Akaun KWSP

Apa yang diperlukan hanyalah Kad Pengenalan atau lebih dikenali sebagai IC. Di bangi, KWSP yang terdekat adalah bersebelaha dengan pintu masuk utama Hentian Kajang.

Ini la Kiosk kwsp.
#picture taken from http://missnurulrahimah.blogspot.my

Selepas masuk pejabat KWSP. Anda akan nampak satu mesin yg dipanggil KIOSK. Cari yang ada label boleh register untuk pengguna baru. Tekan sikit kat skrin dia bagi iklan hilang. Masukkan kad pengenalan dekat ruang yang disediakan. Scan ibujari kanan. Lepastu ikut je arahan skrin.

Habis isi anda akan diberi penyata pendaftaran. Simpan penyata ni sebab yang ni yang perlu diberi kepada majikan selepas ini. "NO AHLI KWSP tu penting, simpan baik-baik"

1/22/2016

Labcoat

Do I need to buy labcoat before going into housemanship?

Yes, however it depend on where you are going for posting. Certain hospital does not need to wear their labcoat such as in HUSM. However most of the other hospital need labcoat.

How many labcoat do i need to have?

At least 2, because you do not have any time to wash it.

Where can i buy a ready made labcoat?

Have you heard KAMAL BOOKSTORE. You can get labcoat with many pockets there at RM48/pieces. Size range from SS to XL.

*many pockets as there are 2 large pocket at the bottom out, 1 small pocket above left side, 1 hidden small pocket inside the large pocket and 1 hidden large pocket inside at the left of the labcoat.

I also try to ask regarding the price for tailor made labcoat near bangi area. Most of them gave range of price from RM60 to maximum of RM120 per pieces. The price is just for tailoring not including fabric price. SO EXPENSIVE.

Before that i try to contact IMAX Enterprise because from searching through google, i found that it is located in Bandar Baru Bangi and selling labcoat with others medical equipment. I try to message, whatsapp, wechat the number given. However there were no reply. I guest the company went bankrupt.

CIMB Islamic tak boleh transfer ASB

Harini semangat la nak buka akaun baru untuk memudahkan transfer duit ke ASB sebab lepas ni sibuk dan takde masa nak beratur semata2 untuk deposit je. So research la punya lama, tertarik nak buka akaun CIMB Basic Saving Islamic sebab ada passbook dengan kad ATM sekali serta boleh register untuk CIMBclick. Tujuan asal sebenarnya nak tranfer online duit dari CIMB ke ASB melalui CIMBClick. Caj cuma RM1.

Jadi pagi tu pergi la CIMB Bank untuk buat. Bank pertama system offline, so takleh buat apa2 pembukaan akaun. Tapi tetap gigih cari jugak CIMB bank yang lain sebab dah memang niat nak buat harini. Jumpa la satu lagi CIMB bank, time nak register dia cakap dah bank dah xde sistem passbook, semua online. So buka je la, asalkan boleh nak transfer dari CIMB ke ASB. Lepas dapat kad baru tau la yang ni account under EcoSave. Patutla semua online. Aq nak buka akaun CIMB Basic Saving Islamic je. Mungkin dah takde dah account tu kot. So yg ni je yg kosong. Xpe la, asal boleh gune CIMBclick. So terus la sempurna kan semua yg dia nak untuk aktifkan akaun tu dan terus apply untuk internet banking.


 Takde tulis pun CIMBClick under CIMBIslamic cannot use ASB

Balik rumah terus la register kt CIMBclick. Time dah habis isi ASB punya maklumat kat "Add My Favourite", ingatkan dah settle. Tekan la butang submit. Terus keluar statement bold merah yang function "Add My Favourite" xleh digunakan untuk Akaun bawah CIMB islamic. La, awal2 x cakap. Website pun x state apa. Dah buka akaun and register habis baru la tau. Apa function aq buka akaun cmtu. Ni jadi nak kena buka akaun konvensional la ni sebab bank islamik tak de kemudahan yang aq nak. Entah boleh buka akaun ke tak. Baru je nak jadi pengguna CIMB Islamic. Kat ASB pun tulis CIMB click boleh. Aq ingat boleh la semua account asal boleh register CIMB Click.






Cannot Add Favourite for Islamic account

#ASB #Amanah Saham Bumiputera #CIMB #CIMB Islamic

Report la ke CIMB tentang masalah ni. Then dorg bagi link ni
http://www.cimbbank.com.my/en/personal/support/help-and-support/faqs.html?c=cimb-clicks-online-banking&n=amanah-saham-nasional

Sikit ni je pernyataan dia mengenai masalah ni



Maka dengan itu, saya dengan rasa berbesar hati saya mengambil Maybank yang menyediakan perkhidmatan Tabung Haji beserta ASB tidak kira akaun konvensional mahupun islamik.

1/18/2016

Cop dan Nametag

Cop akan diberikan hospital selepas 2 bulan bekerja. Jadi selama 2 bulan pertama tu kalau korang taknak menyusahkan diri tulis nama and so on kat setiap helaian kertas tu, marilah kita membuat cop.

Cop yang akan diberikan hospital adalah jenis cop besar. Jadi dakwatnya banyak, so takyah nak risau nak kena bawak ink untuk refill.
PRINTER LINE Standard- Rectangular
















 *ala2 lebih kurang cmni la cop yang hospital bagi

 Untuk 2 bulan yang pertama ni kita beli lah cop kecik. Macam kat bawah ni.


Pocket 30 (RM33)
Pocket stamp plus (RM29)
Mouse 20 (RM29)

Harga dalam lingkungan RM29-RM33. Disebabkan ia kecik, maka tahu2 la nak kena beli refill ink juga yea. Belajar2 la cara nak refill so nanti nampak terrer la sikit.

Format yang selalu digunakan untuk cop:

Dr. NAMA (HURUF BESAR)
Pegawai Perubatan UD41
MMC No: ????
Hospital ?????

Untuk Nametag pulak depend on hospital. Ramai suruh buat 2 nametag. 1 nametag ada title Dr, 1 lagi nama je. Nametag tak kesah nak magnet atau jarum. Background hitam standard tu je. Takyah nak gold2. Nanti ko sorg nampak special. haha

Hospital Sultanah Bahiyah buat satu je nametag. Tu pun takyah ada title Dr.

Nametag Harga yang jarum RM5, magnet RM10

Untuk yang berada di Bangi boleh la buat kedua2nya di Barakah Advertising & Services. Lokasi dekat deretan kedai Coolblog Jalan 4 Tambahan. Bawah ni location dia.




Surat sumpah / akuan berkanun di Bandar Baru Bangi

Lepas dah buat medical checkup aq terus la ke mahkamah bangi untuk dapatkan pengesahan surat akuan berkanun



Aq datang pagi, selalunya pagi ada perbicaraan, nak amek kena amek petang. Mahkamah ni kalau nak buat surat akuan berkanun tak payah bayar apa2. Disebabkan malas nak menunggu aq pun cari la mana2 pejabat pesuruhjaya sumpah kawasan bandar baru bangi ni. Dapatla google map pesuruhjaya sumpah b424 kt petronas seksyen 7. Tapi sampai2 situ tak jumpa kedai dia. Call puan peguam. Rupanya gps lari jauh dari tempat asal. Deretan kedai yang lain. Okla bukan jauh giler.



Dekat sini aq kena caj RM6.

Waktu aq borak ngan abang guard mahkamah tadi dia ada cakap yg kat hentian kajang pun ada satu tempat pesuruhjaya sumpah. Kalau nak cari, cari la yea.

Medical checkup jimat di Bandar Baru Bangi

Medical checkup di Pusat Kesihatan UKM



Dekat sini boleh check Urine FEME (full examination and microscopic examination) + Anthropometry + BP + Visual acuity + Colour + Xray. Tapi time aq datang mesin Xray rosak, so semua tu kecuali Xray = RM35

Pusat Kesihatan Pelajar UKM ni buka:
Isnin – Khamis
7.30 pg. – 12.45 tgh
2.00 ptg. – 5.15 ptg

Jumaat
7.30 pg. – 12.00 tgh
2.45 ptg.- 5.15 ptg

Lepas tu aq pergi buat Xray kat Hospital Pakar An Nur. Xray je RM40.



Kalau nak jimat Xray pergi la klinik kesihatan bangi kat seksyen 3 petronas. Aq baru tahu, tapi aq tak tahu harga.




Surat Tawaran Jawatan dari SPA, E-Houseman, Program Transformasi Minda dan so on

A) Selepas dapat surat perlantikan dari SPA

- hantar surat terima kepada spa putrajaya by pos
- alamat seperti yang tertera pada surat tersebut
- pos biasa boleh pos express boleh
- bezanya cuma pos express kena RM4.50, pos biasa caj sampul surat biasa 50sen + setem RM1 = RM1.50

___________________________________________________________________

B) E-Houseman

Isi utk penempatan (first come first serve) di Sistem eHousemen. Sistem akan buka daripada pukul 12.00pm tengahari sampai la seminggu seterusnya. Kalau korang dah ada hospital dalam pilihan yang korang rasa ramai akan berebut, sedia la depan komputer pukul 11.30am lagi.

Try je login walaupun tak pukul 12 lagi sebab masing2 jarum jam berlainan. Mana la tau jarum jam Sistem ni awal kan.
 

Anda hanya boleh register setelah dapat email dari KKM (bahagian sumber manusia) mengenai permohonan penempatan bagi ud41

Tips jahat: ni kawan aq buat. isi betul2 dekat maklumat diri tu je. next tab skips semua, kalau kena isi pun isi satu je, asalkan tab penempatan korg isi betul2.

Tips baik: aq buat terus list maklumat yang diperlukan 3 hari sebelum tu, time nak isi tu aq copy paste je. maklumat2 yg diperlukan boleh tengok kt manual e-houseman


Manual e houseman boleh download dari portal rasmi KKM bahagian perkhidmatan online (nanti dalam email KKM bagi tu ada cara download. Ni yang aq punya Manual E-HO

Selepas berjaya isi ehouseman. Bagi yang dapat Hospital Pilihan, TAHNIAH. Bagi yang tak dapat bersabarla, lepas ni boleh mintak tukar. Tapi susah la sikit. Tempuhi je apa jua cabaran. Lepas habis isi, korang akan dapat Surat Penempatan KKM. Save file ni sebab akan digunakan selepas ini.

___________________________________________________________________


C) Sebelum program tranformasi minda

1) buat surat akuan sumpah dekat pesuruhjaya sumpah (kat mahkamah x kena bayar, kat luar mahkamah kena bayar RM4-7), photostat 3 salinan
*isi dekat warna merah sahaja. bawah perlu diisi di depan pesuruhjaya.

2) buat medical checkup, photostat 3 salinan disahkan sekali
3) buka akaun bank yg diterima hospital terbabit (kena tanya kawan2 or senior kt hospital) then dapatkan penyata 3 bulan bank, kalau baru buka simpan je statement yg diberikan waktu register yang ada nama dengan no akaun. Aku nye dah buang T-T.. mana la nak cari.. buat 3 salinan
4) buat cop nama, nametag, labcoat
5) borang maklumat gaji berkomputer - taktau apa.. biarkan sahaja dahulu

6) gambar passport x20
7) salinan mmc x3
8) salinan surat dekan x3
9) salinan surat terima jawatan x6
10) salinan surat tawaran spa x6
11) salinan ic x6
12) salinan sijil spm x1
13) salinan surat penempatan kkm x3
14) isi borang kelulusan tapisan keselamatan kasar (http://www.cgso.gov.my/portal bahagian e-vetting)
15) salinan penyata kwsp
# salinan semua perlu DISAHKAN

___________________________________________________________________


D) Semasa mendaftar di Hospital
- buat surat akujanji ikut templat yg diberi hospital masing2

E) Selepas konvokesyen
- update jpa online utk upload sijil ijazah dan transkrip penuh.

MMC, KKM dan SPA

AIII) MMC

1) Buat Money Order RM20 utk tujuan Yuran Pendaftaran MMC atas nama "Pendaftar Pengamal Perubatan"
2) Set MMC (salinan IC, surat beranak, SPM, transkrip) + surat dekan asal + set BORANG PENDAFTARAN SEMENTARA (borang 4, borang pengakuan pengenalan saksi, borang maklumat tambahan, borang fitness to practice declaration form)

3) Susun ikut senarai semak yang memang korang kena buat time kat MMC nanti.


#sebenarnya yang mmc ni tak susah sebab korang baca je page awal kat borang pendaftaran sementara tu. Kalau baca, memang dah jelas dah arahan dia kat situ. Maka aq tak cite lebih.

4) Hantarkan sendiri kat:
Malaysia Medical Council 
Blok B, Aras Bawah,
Jalan Cenderasari, Tasik Perdana, 
50590 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia



Ala, dekat sebelah je tempat interview SPA sebelum ni. Yang dekat ngan pejabat pos besar KL.

Kalau bawak kereta masuk je lepas pagar guard then belah kiri ada parking. Nak parking kereta kat dalam kena ada barter ic or kad pelajar.

Anda akan diberi waktu menunggu selama 5 hari bekerja untuk mengambil sijil pendaftaran sementara. Dah tak boleh amek awal. Jadi nanti kena datang balik untuk amek.

Tips: walaupun waktu ambil tu contohnya pukul 12 tghari, pagi tu dah boleh ambil dah pun. Asalkan hari sama.

Nanti waktu ambil jangan lupa cek nama dan alamat surat menyurat supaya betul. Kalau salah boleh je dorg printkan balik dalam masa kurang 30 minit. 

Sijil MMC/pendaftaran sementara tu buat 1 salinan untuk diberi kepada KKM(setiap salinan perlu Disahkan). Dah dapat sijil baru boleh proceed KKM.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AIV) KKM



1) Set KKM (salinan IC, surat beranak, SPM, transkrip) + salinan sijil MMC + borang Maklumat Diri + salinan surat nikah (bagi yang dah berkahwin)

* susun ikut list dalam borang maklumat diri
2) Hantarkan sendiri kepada:
Kementerian Kesihatan Malaysia,

Bahagian Sumber Manusia,

Unit Pengurusan & Professional,
Aras 9, Blok E7, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Presint 1,
62590, Putrajaya.



*masuk bangunan tersebut, bertanya la sesiapa sahaja sbab jauh jugak perjalanan dalam tu (ceruk hujung belakang pejabat sumber manusia), tapi dah sampai masuk dalam pigeon hole je. simple sangat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AV) SPA

Group uitm semuanya dah interview before final year exam. So sekarang ni tinggal nak bagi tahu SPA je yang kita dah berdaftar dengan MMC. Yang ni kena suruh wakil batch bagi nama2 yang dah lengkap. Call sendiri SPA dan deal sendiri mcmna. Kena buat sebab SPA la important utk next step

APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH LULUS PRO FINAL YEAR MBBS

Tahniah buat semua yang lulus dengan jayanya untuk kelulusan korang menjadi doktor. TAHNIAH TAHNIAH. 5 tahun berhempas pulas di tentukan dengan seminggu sahaja exam. Post aku kali ni nak ajar korang apa yang perlu buat lepas dah tau korang lulus. Sebenarnya banyak korang boleh search kat internet, tapi ni aq buat khas untuk budak UiTM MBBS. Aq buat khas untuk korang sebab kita ada benda yang takyah buat contoh nya interview spa, sebab kita dah interview before exam. Jadi kita dah boleh singkatkan waktu menunggu intake houseman. Aq buat ni untuk awal 2016, so kalau dah lama sangat tu mungkin dah ada sistem berubah sikit. Banyak sebenarnya korang kena buat so aq akan bahagikan beberapa chapter so takde la lama benor nak loading page.

Ada beberapa stage yg korang kena tahu. Dekat sini aq bahagikan ikut timeline yang aq tempuhi:


A) Setelah lulus MBBS anda
AI) Dokumen2 yang diperlukan
AII) JPA
AIII) MMC (malaysian medical council/ majlis perubatan malaysia)
AIV) KKM (kementerian kesihatan malaysia)
AV) SPA

B) Selepas dapat surat perlantikan daripada SPA
C) E-houseman
D) Sebelum program tranformasi minda
link

E) Semasa mendaftar di Hospital
F) Selepas konvokesyen
link

*untuk pelajar luar negara, susunan untuk A) adalah MMC --> SPA --> KKM.
MMC dan KKM sama sahaja. SPA sahaja lain. So ni link khas untuk pelajar luar negara isi SPA.
then sambung B,C,D,E kecuali F sebab mesti korang dah graduasi sebelum pulang ke tanah air.

Step2 tu seperti yang telah dinyatakan dalam table bawah ni, tapi lebih terperinci sedikit:





________________________________________________________________________________

Tarik nafas panjang2. Baca bismillah, then mulakan.


A) Setelah lulus MBBS anda
Jangan ingat nak bercuti je waktu ni, sebab ada benda yg kena settle terus setelah tahu lulus. Macam JPA kena maklumkan telah tamat belajar dalam tempoh sebulan, jika tidak tindakan akan dikenakan. Dan lagi cepat korang settle dengan MMC, KKM dan SPA, insyaallah korang sempat intake dalam jangka masa terdekat. Jika lambat, jadilah macam senior2 dulu yang ada sampai 9 bulan tunggu intake.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AI) Dokumen2 yang diperlukan
1. Dapatkan surat dekan dan photostat 2 (surat asal akan diberikan kepada mmc, so minta la softcopy supaya surat berwarna korang boleh print banyak)
2. dapatkan surat timbalan dekan (ni untuk diberi kepada KKM) (buat 1 salinan)
3. dapatkan trankrip penuh peperiksaan (ni untuk diberi KKM) (buat 1 salinan)

4. borang Maklumat Diri  https://drive.google.com/file/d/0B1c52RqlzkzIbnBtRmFUZE1zTEU/view?usp=sharing
5. borang maklumat graduan uitm (konvokesyen) https://drive.google.com/file/d/0B1c52RqlzkzIX1RndzBvZ0JibEk/view?usp=sharing - hantar pada pejabat perubatan uitm (pelajar peubatan uitm sahaja)
6. borang PERAKUAN PENDAFTARAN SEMENTARA https://drive.google.com/file/d/0B1c52RqlzkzIaVR5X3ZOZUt3a28/view?usp=sharing
7. 4 keping gambar passport (MMC, KKM, konvo, lagi 1 backup)
8. salinan IC x2
9. salinan surat beranak x2
10. salinan sijil SPM x2 (bukan transcript yg kecik warna putih tu)
11. salinan transkrip periksa x2
12. salinan surat nikah (bagi yang dah berkahwin dimasukkan ke set KKM)
#1,2,3 perlu diambil di pejabat UiTM Perubatan sendiri
#8,9,10,11 ni asingkan ikut set utk diberi KKM dan set MMC
##setiap salinan perlulah dapatkan PENGESAHAN
###semua ini yang diperlukan "set A: setelah lulus mbbs" sahaja, set B,C,D,E akan diberitahu asing.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AII) JPA
seperti yang dikatakan sebelum ni, korang perlu menyatakan telah tamat belajar dalam masa 1 bulan selepas tahu result pro final year. Dulu kena buat manual, tapi sekarang kita zaman online. So kena la buat online nak tak nak.

Cara-caranya
1) Buka link https://myself.jpa.gov.my/
2) Klik "pendaftaran kali pertama" atau "pendaftaran akaun"


3) Klik "teruskan pendaftaran e-sila id", isi maklumat yang diperlukan dan setelah lengkap klik "daftar e-sila id"


4) Buka email anda yang didaftarkan e-sila tadi, dan klik link email yang diberi untuk aktifkan akaun anda
5) Buka kembali laman myself tadi, log in seperti biasa.
6) Upload gambar di ruangan utama
7) Lengkapkan maklumat pelajar di tab peribadi
8) Klik tab pengajian, di kotak sebelah kanan terdapat pilihan "lapor diri tamat pengajian"


9) Lengkapkan kotak seperti gambar dibawah


 *tarikh permohonan spa tu korang kena amek dekat http://www.spa.gov.my/pautan-borang-spa8i, pilih salah satu server, login yang korang pernah isi dulu sebelum interview spa. Kalau lupa password klik je forgot password tu. Tarikh tu kat bulatan warna merah tu. Aq sensored kt tarikh aku. :)



10) Kotak seterusnya, anda perlu upload seperti contoh yang diberi dan tutorial yang dikongsikan

*ada 3 dokumen yang perlu diupload iaitu slip permohonan spa, salinan ijazah, salinan transkrip.
*slip permohonan spa korang tak dapat lagi, tapi korang boleh la log in kt link spa tadi, dan amek screenshot kat bahagian semakan mcm gambar sebelum ni. Hanya dokumen ni diperlukan untuk dapat tekan "hantar permohonan". Jangan lupa tick kt pengakuan pelajar. Lagi 2 dokumen (salinan ijazah dan salinan transkip) tu akan dapat setelah konvokesyen. So lepas konvo terus la upload.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-next page