A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

1/18/2016

Surat Tawaran Jawatan dari SPA, E-Houseman, Program Transformasi Minda dan so on

A) Selepas dapat surat perlantikan dari SPA

- hantar surat terima kepada spa putrajaya by pos
- alamat seperti yang tertera pada surat tersebut
- pos biasa boleh pos express boleh
- bezanya cuma pos express kena RM4.50, pos biasa caj sampul surat biasa 50sen + setem RM1 = RM1.50

___________________________________________________________________

B) E-Houseman

Isi utk penempatan (first come first serve) di Sistem eHousemen. Sistem akan buka daripada pukul 12.00pm tengahari sampai la seminggu seterusnya. Kalau korang dah ada hospital dalam pilihan yang korang rasa ramai akan berebut, sedia la depan komputer pukul 11.30am lagi.

Try je login walaupun tak pukul 12 lagi sebab masing2 jarum jam berlainan. Mana la tau jarum jam Sistem ni awal kan.
 

Anda hanya boleh register setelah dapat email dari KKM (bahagian sumber manusia) mengenai permohonan penempatan bagi ud41

Tips jahat: ni kawan aq buat. isi betul2 dekat maklumat diri tu je. next tab skips semua, kalau kena isi pun isi satu je, asalkan tab penempatan korg isi betul2.

Tips baik: aq buat terus list maklumat yang diperlukan 3 hari sebelum tu, time nak isi tu aq copy paste je. maklumat2 yg diperlukan boleh tengok kt manual e-houseman


Manual e houseman boleh download dari portal rasmi KKM bahagian perkhidmatan online (nanti dalam email KKM bagi tu ada cara download. Ni yang aq punya Manual E-HO

Selepas berjaya isi ehouseman. Bagi yang dapat Hospital Pilihan, TAHNIAH. Bagi yang tak dapat bersabarla, lepas ni boleh mintak tukar. Tapi susah la sikit. Tempuhi je apa jua cabaran. Lepas habis isi, korang akan dapat Surat Penempatan KKM. Save file ni sebab akan digunakan selepas ini.

___________________________________________________________________


C) Sebelum program tranformasi minda

1) buat surat akuan sumpah dekat pesuruhjaya sumpah (kat mahkamah x kena bayar, kat luar mahkamah kena bayar RM4-7), photostat 3 salinan
*isi dekat warna merah sahaja. bawah perlu diisi di depan pesuruhjaya.

2) buat medical checkup, photostat 3 salinan disahkan sekali
3) buka akaun bank yg diterima hospital terbabit (kena tanya kawan2 or senior kt hospital) then dapatkan penyata 3 bulan bank, kalau baru buka simpan je statement yg diberikan waktu register yang ada nama dengan no akaun. Aku nye dah buang T-T.. mana la nak cari.. buat 3 salinan
4) buat cop nama, nametag, labcoat
5) borang maklumat gaji berkomputer - taktau apa.. biarkan sahaja dahulu

6) gambar passport x20
7) salinan mmc x3
8) salinan surat dekan x3
9) salinan surat terima jawatan x6
10) salinan surat tawaran spa x6
11) salinan ic x6
12) salinan sijil spm x1
13) salinan surat penempatan kkm x3
14) isi borang kelulusan tapisan keselamatan kasar (http://www.cgso.gov.my/portal bahagian e-vetting)
15) salinan penyata kwsp
# salinan semua perlu DISAHKAN

___________________________________________________________________


D) Semasa mendaftar di Hospital
- buat surat akujanji ikut templat yg diberi hospital masing2

E) Selepas konvokesyen
- update jpa online utk upload sijil ijazah dan transkrip penuh.

3 comments:

Anonymous said...

salam, nak tanya surat setuju terima lantikan tu memang kene pos ke spa eh? ke kene bawa bersama masa ptm? thanks!

Anonymous said...

Awak masuk PTM bila? Entah2 kita sama2 masuk nanti. �� Kita dpt 3 copies surat setuju terima lantikan kan? 1 of them kena bg dekat SPA balik.

Anonymous said...

Sy PTM 4april ni inshaAllah =),owh so 1 copy kene hantar ke SPA..,OK will do that soon. Thanks for the info!