A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

1/18/2016

APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH LULUS PRO FINAL YEAR MBBS

Tahniah buat semua yang lulus dengan jayanya untuk kelulusan korang menjadi doktor. TAHNIAH TAHNIAH. 5 tahun berhempas pulas di tentukan dengan seminggu sahaja exam. Post aku kali ni nak ajar korang apa yang perlu buat lepas dah tau korang lulus. Sebenarnya banyak korang boleh search kat internet, tapi ni aq buat khas untuk budak UiTM MBBS. Aq buat khas untuk korang sebab kita ada benda yang takyah buat contoh nya interview spa, sebab kita dah interview before exam. Jadi kita dah boleh singkatkan waktu menunggu intake houseman. Aq buat ni untuk awal 2016, so kalau dah lama sangat tu mungkin dah ada sistem berubah sikit. Banyak sebenarnya korang kena buat so aq akan bahagikan beberapa chapter so takde la lama benor nak loading page.

Ada beberapa stage yg korang kena tahu. Dekat sini aq bahagikan ikut timeline yang aq tempuhi:


A) Setelah lulus MBBS anda
AI) Dokumen2 yang diperlukan
AII) JPA
AIII) MMC (malaysian medical council/ majlis perubatan malaysia)
AIV) KKM (kementerian kesihatan malaysia)
AV) SPA

B) Selepas dapat surat perlantikan daripada SPA
C) E-houseman
D) Sebelum program tranformasi minda
link

E) Semasa mendaftar di Hospital
F) Selepas konvokesyen
link

*untuk pelajar luar negara, susunan untuk A) adalah MMC --> SPA --> KKM.
MMC dan KKM sama sahaja. SPA sahaja lain. So ni link khas untuk pelajar luar negara isi SPA.
then sambung B,C,D,E kecuali F sebab mesti korang dah graduasi sebelum pulang ke tanah air.

Step2 tu seperti yang telah dinyatakan dalam table bawah ni, tapi lebih terperinci sedikit:





________________________________________________________________________________

Tarik nafas panjang2. Baca bismillah, then mulakan.


A) Setelah lulus MBBS anda
Jangan ingat nak bercuti je waktu ni, sebab ada benda yg kena settle terus setelah tahu lulus. Macam JPA kena maklumkan telah tamat belajar dalam tempoh sebulan, jika tidak tindakan akan dikenakan. Dan lagi cepat korang settle dengan MMC, KKM dan SPA, insyaallah korang sempat intake dalam jangka masa terdekat. Jika lambat, jadilah macam senior2 dulu yang ada sampai 9 bulan tunggu intake.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AI) Dokumen2 yang diperlukan
1. Dapatkan surat dekan dan photostat 2 (surat asal akan diberikan kepada mmc, so minta la softcopy supaya surat berwarna korang boleh print banyak)
2. dapatkan surat timbalan dekan (ni untuk diberi kepada KKM) (buat 1 salinan)
3. dapatkan trankrip penuh peperiksaan (ni untuk diberi KKM) (buat 1 salinan)

4. borang Maklumat Diri  https://drive.google.com/file/d/0B1c52RqlzkzIbnBtRmFUZE1zTEU/view?usp=sharing
5. borang maklumat graduan uitm (konvokesyen) https://drive.google.com/file/d/0B1c52RqlzkzIX1RndzBvZ0JibEk/view?usp=sharing - hantar pada pejabat perubatan uitm (pelajar peubatan uitm sahaja)
6. borang PERAKUAN PENDAFTARAN SEMENTARA https://drive.google.com/file/d/0B1c52RqlzkzIaVR5X3ZOZUt3a28/view?usp=sharing
7. 4 keping gambar passport (MMC, KKM, konvo, lagi 1 backup)
8. salinan IC x2
9. salinan surat beranak x2
10. salinan sijil SPM x2 (bukan transcript yg kecik warna putih tu)
11. salinan transkrip periksa x2
12. salinan surat nikah (bagi yang dah berkahwin dimasukkan ke set KKM)
#1,2,3 perlu diambil di pejabat UiTM Perubatan sendiri
#8,9,10,11 ni asingkan ikut set utk diberi KKM dan set MMC
##setiap salinan perlulah dapatkan PENGESAHAN
###semua ini yang diperlukan "set A: setelah lulus mbbs" sahaja, set B,C,D,E akan diberitahu asing.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AII) JPA
seperti yang dikatakan sebelum ni, korang perlu menyatakan telah tamat belajar dalam masa 1 bulan selepas tahu result pro final year. Dulu kena buat manual, tapi sekarang kita zaman online. So kena la buat online nak tak nak.

Cara-caranya
1) Buka link https://myself.jpa.gov.my/
2) Klik "pendaftaran kali pertama" atau "pendaftaran akaun"


3) Klik "teruskan pendaftaran e-sila id", isi maklumat yang diperlukan dan setelah lengkap klik "daftar e-sila id"


4) Buka email anda yang didaftarkan e-sila tadi, dan klik link email yang diberi untuk aktifkan akaun anda
5) Buka kembali laman myself tadi, log in seperti biasa.
6) Upload gambar di ruangan utama
7) Lengkapkan maklumat pelajar di tab peribadi
8) Klik tab pengajian, di kotak sebelah kanan terdapat pilihan "lapor diri tamat pengajian"


9) Lengkapkan kotak seperti gambar dibawah


 *tarikh permohonan spa tu korang kena amek dekat http://www.spa.gov.my/pautan-borang-spa8i, pilih salah satu server, login yang korang pernah isi dulu sebelum interview spa. Kalau lupa password klik je forgot password tu. Tarikh tu kat bulatan warna merah tu. Aq sensored kt tarikh aku. :)



10) Kotak seterusnya, anda perlu upload seperti contoh yang diberi dan tutorial yang dikongsikan

*ada 3 dokumen yang perlu diupload iaitu slip permohonan spa, salinan ijazah, salinan transkrip.
*slip permohonan spa korang tak dapat lagi, tapi korang boleh la log in kt link spa tadi, dan amek screenshot kat bahagian semakan mcm gambar sebelum ni. Hanya dokumen ni diperlukan untuk dapat tekan "hantar permohonan". Jangan lupa tick kt pengakuan pelajar. Lagi 2 dokumen (salinan ijazah dan salinan transkip) tu akan dapat setelah konvokesyen. So lepas konvo terus la upload.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-next page

No comments: