A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

1/22/2016

CIMB Islamic tak boleh transfer ASB

Harini semangat la nak buka akaun baru untuk memudahkan transfer duit ke ASB sebab lepas ni sibuk dan takde masa nak beratur semata2 untuk deposit je. So research la punya lama, tertarik nak buka akaun CIMB Basic Saving Islamic sebab ada passbook dengan kad ATM sekali serta boleh register untuk CIMBclick. Tujuan asal sebenarnya nak tranfer online duit dari CIMB ke ASB melalui CIMBClick. Caj cuma RM1.

Jadi pagi tu pergi la CIMB Bank untuk buat. Bank pertama system offline, so takleh buat apa2 pembukaan akaun. Tapi tetap gigih cari jugak CIMB bank yang lain sebab dah memang niat nak buat harini. Jumpa la satu lagi CIMB bank, time nak register dia cakap dah bank dah xde sistem passbook, semua online. So buka je la, asalkan boleh nak transfer dari CIMB ke ASB. Lepas dapat kad baru tau la yang ni account under EcoSave. Patutla semua online. Aq nak buka akaun CIMB Basic Saving Islamic je. Mungkin dah takde dah account tu kot. So yg ni je yg kosong. Xpe la, asal boleh gune CIMBclick. So terus la sempurna kan semua yg dia nak untuk aktifkan akaun tu dan terus apply untuk internet banking.


 Takde tulis pun CIMBClick under CIMBIslamic cannot use ASB

Balik rumah terus la register kt CIMBclick. Time dah habis isi ASB punya maklumat kat "Add My Favourite", ingatkan dah settle. Tekan la butang submit. Terus keluar statement bold merah yang function "Add My Favourite" xleh digunakan untuk Akaun bawah CIMB islamic. La, awal2 x cakap. Website pun x state apa. Dah buka akaun and register habis baru la tau. Apa function aq buka akaun cmtu. Ni jadi nak kena buka akaun konvensional la ni sebab bank islamik tak de kemudahan yang aq nak. Entah boleh buka akaun ke tak. Baru je nak jadi pengguna CIMB Islamic. Kat ASB pun tulis CIMB click boleh. Aq ingat boleh la semua account asal boleh register CIMB Click.






Cannot Add Favourite for Islamic account

#ASB #Amanah Saham Bumiputera #CIMB #CIMB Islamic

Report la ke CIMB tentang masalah ni. Then dorg bagi link ni
http://www.cimbbank.com.my/en/personal/support/help-and-support/faqs.html?c=cimb-clicks-online-banking&n=amanah-saham-nasional

Sikit ni je pernyataan dia mengenai masalah ni



Maka dengan itu, saya dengan rasa berbesar hati saya mengambil Maybank yang menyediakan perkhidmatan Tabung Haji beserta ASB tidak kira akaun konvensional mahupun islamik.

2 comments:

Unknown said...

Aish ptut la tak boleh..hmm kecewa

Anonymous said...

Betul jugak...kalau logik...islamik dgn islamik...konvensional dgn konvensiinal...bijak cimb...jaga sumber dari mana...