A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

1/18/2016

MMC, KKM dan SPA

AIII) MMC

1) Buat Money Order RM20 utk tujuan Yuran Pendaftaran MMC atas nama "Pendaftar Pengamal Perubatan"
2) Set MMC (salinan IC, surat beranak, SPM, transkrip) + surat dekan asal + set BORANG PENDAFTARAN SEMENTARA (borang 4, borang pengakuan pengenalan saksi, borang maklumat tambahan, borang fitness to practice declaration form)

3) Susun ikut senarai semak yang memang korang kena buat time kat MMC nanti.


#sebenarnya yang mmc ni tak susah sebab korang baca je page awal kat borang pendaftaran sementara tu. Kalau baca, memang dah jelas dah arahan dia kat situ. Maka aq tak cite lebih.

4) Hantarkan sendiri kat:
Malaysia Medical Council 
Blok B, Aras Bawah,
Jalan Cenderasari, Tasik Perdana, 
50590 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia



Ala, dekat sebelah je tempat interview SPA sebelum ni. Yang dekat ngan pejabat pos besar KL.

Kalau bawak kereta masuk je lepas pagar guard then belah kiri ada parking. Nak parking kereta kat dalam kena ada barter ic or kad pelajar.

Anda akan diberi waktu menunggu selama 5 hari bekerja untuk mengambil sijil pendaftaran sementara. Dah tak boleh amek awal. Jadi nanti kena datang balik untuk amek.

Tips: walaupun waktu ambil tu contohnya pukul 12 tghari, pagi tu dah boleh ambil dah pun. Asalkan hari sama.

Nanti waktu ambil jangan lupa cek nama dan alamat surat menyurat supaya betul. Kalau salah boleh je dorg printkan balik dalam masa kurang 30 minit. 

Sijil MMC/pendaftaran sementara tu buat 1 salinan untuk diberi kepada KKM(setiap salinan perlu Disahkan). Dah dapat sijil baru boleh proceed KKM.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AIV) KKM



1) Set KKM (salinan IC, surat beranak, SPM, transkrip) + salinan sijil MMC + borang Maklumat Diri + salinan surat nikah (bagi yang dah berkahwin)

* susun ikut list dalam borang maklumat diri
2) Hantarkan sendiri kepada:
Kementerian Kesihatan Malaysia,

Bahagian Sumber Manusia,

Unit Pengurusan & Professional,
Aras 9, Blok E7, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Presint 1,
62590, Putrajaya.



*masuk bangunan tersebut, bertanya la sesiapa sahaja sbab jauh jugak perjalanan dalam tu (ceruk hujung belakang pejabat sumber manusia), tapi dah sampai masuk dalam pigeon hole je. simple sangat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AV) SPA

Group uitm semuanya dah interview before final year exam. So sekarang ni tinggal nak bagi tahu SPA je yang kita dah berdaftar dengan MMC. Yang ni kena suruh wakil batch bagi nama2 yang dah lengkap. Call sendiri SPA dan deal sendiri mcmna. Kena buat sebab SPA la important utk next step

No comments: