A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

10/26/2013

Pendapatan tambahan bagi seorang pelajar

Sebagai seorang pelajar universiti, saya cuba mencari maklumat tentang cara mendapatkan pendapatan (duit/money) tambahan. Namun yang keluar semuanya tentang MLM dan site-site yang tidak boleh dipercayai. Disini saya ingin memberi pendapat dan cara yang telah saya buat untuk mendapatkan financial income.

1) BERNIAGA

Sudah tak boleh disangkal lagi, berniaga adalah merupakan cara nabi kita untuk mendapatkan hasil pendapatan yang utama.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Cubalah berniaga kecil-kecilan paling mudah pun gula-gula paketkan seringgit-seringgit. Barang yang dijual mestilah tidak disimpan sebagai stok. Jika boleh barang habis terus supaya wang modal tak tergantung. Paling senang adalah berniaga alquran setiap pendaftaran pelajar baru. Maka setiap semester kita akan dapat modal.

2) MELABUR

Jika kita mendapat biasiswa, dan tidak menggunakan nya sangat (hanya sekadar yang diperlukan untuk belanja sahaja). Maka saya galakkan untuk melabur. Tidak kira la Amanah Saham Nasional Berhad, mahupun Tabung Haji, kedua-dua nya boleh digunakan. Pelaburan yang baik dan teratur menentukan masa depan kita yang stabil.

Diingatkan, ia hanya digalakkan untuk duit berlebihan sahaja. 

Tidak digalakkan untuk yang membuat penyimpanan macam bank biasa (simpan lepas tu keluar banyak2 nak belanja). Sebab keuntungan/dividen dikira setiap tahun, bukan setiap bulan. Sabar separuh daripada iman.

3) PENDAPATAN GOYANG KAKI aka ONLINE

Ini bukan MLM dan kaki penipu sebab saya benci kaki penipu. Tetapi sudah semestinya peluang ini limited. Ia hanya dibuka untuk para blogger yang mempunyai banyak entry dan aktif bergiat dalam bloggering. Tak lain tak bukan adalah nuffnang serta adsense.

Namun kepada yang bukan blogger tetapi tetap ingin menambahkan pendapatan. Anda boleh cuba membaca disini Iklankan sahaja.

No comments: